Kesimpulan Assignment Ctu Uitm

1- Pengenalan

Pemilikan tidak sempurna (milk al-naqis) bermaksud seseorang itu memiliki salah satu daripada dua unsur dalam sesuatu harta sama ada zat (fizikal) atau manfaat (faedah) nya sahaja di mana berlakunya pemilikan tidak penuh ke atas salah satu daripada dua unsur tersebut dan bukan kedua-duanya sekali. (Faizah Hj. Ismail, 1995) Hak milik fizikal harta bersifat kekal manakala hak milik manfaat bersifat sementara sahaja.

Menurut Abdul Halim El-Muhammady (2001) pula, hak milik tidak sempurna ialah pemiliknya berkuasa ke atas barang miliknya itu sama ada dia menguasai fizikal barang itu sahaja atau dia menguasai manfaatnya sahaja seperti pemilik menyewa rumahnya. Maka, dalam kes ini pemilik rumah dianggap pemilik tidak sempurna kerana manfaat rumah dimiliki oleh penyewa. Begitu juga kedudukan penyewa dalam hubungannya dengan harta tadi di mana dia dikira sebagai pemilik tidak sempurna kerana dia hanya memiliki manfaat penggunaan rumah tersebut sedangkan rumah itu dimiliki oleh tuannya.

Dalam erti kata lain, pemilikan tidak sempurna ialah pemilikan yang tidak memberikan hak sepenuhnya kepada pemiliknya. Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu itu dikatakan milk al-naqis:
a) Pemilikan itu bersifat terbatas waktu, tempat dan sifat pemilikan
b) Pemilik tidak boleh mewariskan harta atau hak manfaat yang dimilikinya
c) Pemanfaat harta milk al-naqis bertanggungjawab menguruskan harta itu
d) Apabila habis tempoh, maka harta atau hak manfaat sesuatu harta hendaklah diserahkan semula kepada pemiliknya yang sempurna. Walaubagaimanapun, jika penyerahan itu menimbulkan kemudaratan kepada pemilik manfaat contohnya tempoh sewaan tanah ladang telah tamat tetapi hasilnya belum dapat dituai, maka manfaat tanah tersebut kekal di tangan pemilik manfaat dan beliau dikehendaki membayar sewaan tanah sehingga hasil tanamannya dituai.

1PENGENALAN Nusantara merupakan istilah yang diguna pakai untuk merujuk wilayah kepulauanyang meliputi Sumatera sehingga ke Papua New Guinea, yang sekarang merupakansebahagian besar wilayah di negara Indonesia. Perkataan Nusantara ini wujud dalamkesusasteraan bahasa Jawa Pertengahan yang muncul pada abad ke-12 hingga ke-16 untukmenggambarkan konsep kenegaraan Majapahit. Namun, pada awal abad ke-20, istilahNusantara ini dihidupkan semula oleh Ki Hajar Dewantara sebagai salah satu nama alternatifuntuk negara Indonesia yang pada masa itu belum mencapai kemerdekaannya. Sebelummencapai kemerdekaan, Indonesia lebih dikenali sebagai Kepulauan Hindia dan ketikapenggunaan nama “Indonesia” dipersetujui untuk diguna pakai bagi menggantikan nama“Kepulauan Hindia”, perkataan Nusantara tetap dan masih dipakai sebagai sinonim untukkepulauan itu. Akibat daripada perkembangan politik yang berlaku, istilah Nusantarakemudian dipakai pula untuk menggambarkan kesatuan geografi-antropologi kepulauan yangterletak di antara benua Asia dan Australia, termasuk Semenanjung Malaysia. Dalampengertian terakhir ini, dapat disimpulkan bahawa Nusantara ialah padanan bagi KepulauanMelayu (Malay Archipelago) yang meliputi seluruh Malaysia sama ada Malaysia Baratmahupun Malaysia Barat, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan kadangkalaia turut meliputi Pulau Papua.Kepercayaan dalam kalangan masyarakat Nusantara boleh dibahagikan kepada tigaperingkat iaitu 1sebelum kedatangan Hindu-Buddha, selepas kedatangan Hindu-Buddha, danselepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Hindu-Buddha, masyarakat Nusantaramenganuti kepercayaan animisme. Animisme ialah kepercayaan mengenai pemujaan nenekmoyang. Masyarakat percaya bahawa setiap benda ada roh dan semangat. Manakala selepaskedatangan Hindu-Buddha, terdapat masyarakat yang menganuti agama Hindu atau Buddhaatau kedua-duanya sekali. Kedatangan Hindu-Buddha memberi kesan kepada masyarakatterutamanya dari segi upacara keagamaan. Upacara keagamaan menjadi lebih formal dantersusun.1 Azam Hamzah dan rakan-rakan,2015,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Hicom-Glenmarie Industrial Park : Oxford Fajar Sdn.Bhd.,86.

0 thoughts on “Kesimpulan Assignment Ctu Uitm”

    -->

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *